temp
temp
temp
temp
temp
temp


Pemetaan Belia


Pemetaan Belia Malaysia adalah satu kaedah yang dibentuk bertujuan melaporkan data-data mengenai belia dalam bentuk landskap peta. Data-data dipungut daripada kawasan geografi tertentu seperti mukim, daerah, negeri atau pun daripada seluruh negara dan seterusnya diplotkan bagi memudahkan semua pihak mengenal pasti sumber, kemudahan dan maklumat asas berkaitan belia. Data-data ini lazimnya boleh mewakili sumber yang ada dalam sesuatu kawasan seperti bilangan penduduk, bilangan kemudahan awam, bilangan kemudahan sukan dan sebagainya hinggalah kepada maklumat yang penting seperti masalah sosial, pengisian masa lapang, pengetahuan mengenai sesuatu isu, semangat patriotik dan hingga harga diri individu.

Sistem Maklumat Geografi (GIS) telah digunakan untuk membolehkan data yang dikumpul dibentangkan dalam konteks geografi. Sistem ini memudahkan kita mengenalpasti sumber dan asset serta risiko dan juga defisit yang ada dalam sesebuah komuniti.

Data sekunder dan data primer telah digunakan bagi menghasilkan pemetaan belia Malaysia ini. Data sekunder ialah data sedia ada yang diperolehi daripada agensi-agensi lain. Data primer pula ialah hasil kajian yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) membabitkan 21,665 responden belia daripada 78 buah daerah.

Asas Pemetaan Belia Malaysia adalah dalam bentuk digital dimana maklumat boleh diakses melalui http://petabelia.kbs.gov.my

Pemetaan Belia Malaysia ini memuatkan 49 peta interaktif yang mewakili beberapa jenis data yang boleh diakses melalui laman web. Panduan untuk mengakses maklumat selanjutnya dalam laman web juga boleh dihuraikan dalam portal peta ini di bahagian panduan pengguna.

Adalah diharapkan maklumat dalam konteks geografi yang dihasilkan melalui Pemetaan Belia Malaysia ini akan dapat membantu semua pihak memahami, merancang ataupun melaksanakan program untuk pembangunan belia dengan lebih berkesan.